Style

5 PANDUAN MENGGAYAKAN SKARF BERCETAK

Pelbagai cara untuk menonjolkan lagi gaya polos anda dengan hijab bercetak. Namun harus berhati-hati untuk tidak mencampuradukkan dua atau lebih cetakan pada satu pengayaan.

1) Setiap hijab ada stail sendiri untuk digayakan , namun harus di ingatkan tip yang paling penting untuk tidak bemain dengan ‘volume’ yang terlampau sehingga buat gaya anda sarat.

2) Elakkan daripada menambah corak cetakan yang sama pada blaus , seluar mahupun kasut anda. Tidak perlu menggunakan satu corak yang sama dari hujung rambut ke hujung kaki.

3) AWAS! Hijab yang bercetak warna terang harus dielakkan apabila menghadiri mesyuarat mahupon acara formal , kecuali anda mahukan seluruh tumpuan pada penampilan anda.

4) Aksesori sarat ataupon sandal warna emas dan gangsa adalah paling sesuai untuk digayakan dengan hijab bercorak.

5) Cuba pilih warna yang paling neutral seperti ‘nude’ , hitam dan putih pada pakaian anda apabila menggayakan hijab bercetak dan bercorak sarat. Ini bertujuan agar ‘look’ anda lebih sedap dipandang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *