Style

MIX & MATCH BAJU RAYA KE RUMAH TERBUKA!

Sudah di penghujung bulan Syawal, namun hujung minggu masih dipenuhi jemputan ke rumah terbuka. Raya kan sebulan! Ada yang masih bersemangat bergaya dengan baju raya dan ada juga yang ingin tampil lebih santai namun tak lari dari tema. Waarna sediakan beberapa tip untuk anda mix and match pakaian ke rumah terbuka.

 

  1. Padanan topbaju raya dengan seluar – Dah tak ada mood berbaju tradisional lagi? Padankan top Kebaya Nyonya atau Peplum anda dengan seluar untuk look yang lebih kasual. Senang nak bergerak ke sana ke mari bila berseluar!

  1. Padanan blousedengan skirt labuh – Walaupun tak berbaju kurung, anda masih boleh tampil sopan dengan padanan blouse dan skirt labuh. Pilih blouse bercetak dan skirt polos untuk look yang lebih feminin. Dipadankan dengan hijab polos, anda pasti kelihatan manis di majlis rumah terbuka.

  1. Padanan blousedan palazzo – Bagi yang ingin berseluar dan tetap tampil sopan, anda boleh cuba look ini. Padanan palazzo atau seluar berkaki lebar ini bukan sahaja buat anda nampak sopan malah menampilkan ilusi kaki yang panjang. Tinggi persis model runway!

 

  1. Gayakan dressatau jubah – Anda juga boleh tampil elegan dalam persalinan dress atau jubah ke rumah terbuka. Pilih dress atau jubah bercorak namun elakkan memakai aksesori yang terlalu sarat untuk kelihatan lebih santai.

 

Tak perlu membazir membeli pakaian baru setiap kali ingin ke majlis rumah terbuka. Be creative dan mix and match sahaja pakaian sedia ada! Hope these tips will help!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *