Style

TIP HIJAB GADIS BERKACA MATA

Masalah biasa dialami gadis berkaca mata ialah ilusi wajah kelihatan besar atau kembang apabila memakai hijab. Bukan tidak mahu berkanta lekap tetapi ada sesetengah yang kurang gemar kerana rimas dan agak melecehkan lebih-lebih lagi apabila dipakai untuk tempoh masa yang panjang. Jangan susah hati wahai gadis berkaca mata, Waarna kemukakan beberapa tip hijab buat anda.

 

  1. Bingkai yang sesuai dengan bentuk wajah.

Bukan semua jenis bingkai kaca mata sesuai dengan bentuk wajah anda. Pilih bingkai yang berlawanan bentuk dengan bentuk wajah anda. Jika anda berwajah bulat, bingkai bersegi lebih sesuai dan boleh memberi ilusi wajah yang lebih kecil dan panjang.

 

  1. Gaya hijab loose.

Gayakan style hijab yang longgar untuk menyembunyikan bentuk wajah. Tip ini juga membantu anda mendapatkan ilusi wajah yang lebih kecil dan mengelakkan hijab menjadi kembang. Wajah anda juga akan nampak lebih kecil apabila menggayakan style hijab ini bersama kaca mata berbingkai lebar.

 

  1. Tentukan cara pemakaian kaca mata.

Kaca mata anda boleh dipakai di antara lapisan hijab untuk mengelakkan hijab menjadi kembang akibat bentuk bingkai kaca mata anda yang lebar.

 

  1. Pilih material hijab.

Jika anda ingin memakai kaca mata di antara lapisan hijab, pilih material yang tidak terlalu licin untuk mengekalkan kedudukan kaca mata anda. Keselesaan amat penting!

Berkaca mata bukan penghalang untuk anda tampil cantik dan bergaya dengan pelbagai style hijab. Buang persepsi berkaca mata itu buruk! Yang penting, kenalpasti style yang sesuai dengan anda dan pastikan anda selesa menggayakannya. Tak salah mencuba pelbagai style, kata orang try and error lah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *