Style

TIP PENJAGAAN RAMBUT BUAT HIJABI

Mungkin ramai tidak tahu, bahawa rambut juga bernafas ketika kita memakai hijab. Bayangkan jika lebih dari beberapa jam rambut kita terkurung dan fabrik tudung yang digunakan kurang elok. Waarna dapatkan tip penjagaan rambut khas buat wanita bertudung.

1. FABRIK

Pilih hijab berfabrik yang mesra pada rambut. Pemilihan bahan yang bersesuain untuk penjagaan kesihatan rambut perlu diutamakan. Tudung yang tidak menggunakan bahan yang betul boleh menyebabkan rambut mengalami kekeringan ketara disebabkan tiada pengaliran udara yang sepatutnya berlaku.

 

2. BIARKAN RAMBUT BERNAFAS

Setelah berjam lamanya berhijab lepaskanlah ikatan rambut anda ketika berada di rumah. Biarkan rambut anda bernafas dengan selesa. Cuci dan keringkan rambut dengan betul. Jangan sesekali memakai tudung ketika rambut basah. Remember, rambut itu adalah mahkota berharga buat wanita!

 

3. TREND TUDUNG

Trend atau gaya pemakaian tudung anda biarlah yang paling selesa. Trend pemakaian tudung masa kini yang melibatkan beberapa lapisan tudung boleh menjadi faktor kerosakan rambut. Udara yang sangat minima diberikan kepada kulit kepala untuk bernafas. Seeloknya elakkan memakai lebih daripada empat lapisan tudung.Pilih anak tudung yang tidak terlalu ketat dan pastikan ada pengaliran udara walaupon sedikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *