KEGILAAN MINUMAN BOBA TEA: INI 5 FAKTA MENARIK TENTANG BOBA TEA YANG ANDA PATUT TAHU!

Bermula dengan Chatime dan Tealive, tahun 2019 menyaksikan lambakan jenama air minuman boba tea bak cendawan tumbuh selepas hujan! Terbaru, Starbucks dan Secret Recipe juga dah keluarkan minuman boba tea mereka sendiri. Begitu besar impak trend minuman ini kepada pelanggan sampaikan kebanyakannya tak kisah pun beratur panjang dan tunggu lama untuk dapatkan boba tea kegemaran mereka! Anda pun peminat tegar boba tea? Jom baca fakta-fakta menarik tentang boba tea yang anda patut tahu!

 

  1. Boba tea berasal dari Taiwan.

Minuman boba tea mula diperkenalkan di Taiwan pada suatu masa dahulu dan kini sudah menjadi ikutan di kebanyakan negara Asia. Jika anda peminat tegar boba tea di negara ini, anda mungkin dah terjebak dengan minuman ini sebelum lahirnya Xin Fu Tang, Tiger Sugar, Daboba dan lain-lain lagi. Masih ingat dengan jenama Coolblog?

 

  1. Kini populariti boba tea semakin meningkat ke seluruh dunia.

Jika sebelum ini boba tea terkenal di negara-negara kejiranan Taiwan seperti Jepun dan Korea Selatan, kedai menjual minuman boba tea sudah boleh didapati di lebih 30 buah negara ketika ini termasuklah di Amerika Syarikat!

 

  1. Boba Tea juga dikenali dengan pelbagai nama lain.

Selain boba tea, minuman ini juga dikenali dengan nama lain seperti bubble tea, milk tea, pearl tea, dan tapioca tea. Jika anda belum tahu pearl atau bebola manis yang terdapat di dalam minuman ini diperbuat daripada tepung tapioca atau juga dikenali sebagai tepung ubi.

 

  1. Nama ‘boba/bubble’ tea bukan merujuk kepada bebola tapioca di dalam minuman boba tea!

Rupanya selama ini kita telah salah tafsir! Kebanyakkan orang mesti fikir yang nama ‘boba’ atau ‘bubble’ itu merujuk kepada bebola tapioca yang terdapat di dalam minuman boba tea tersebut. Namun ia sebenarnya merujuk kepada buih-buih yang terdapat di atas permukaan minuman anda! Di awal kemunculan boba tea di Taiwan, minuman ini perlu digoncang justeru menjadikan permukaan nya berbuih, dan dari situ lah nama ‘bubble tea’ tercipta!

 

  1. Pengambilan terlalu banyak boleh membahayakan kesihatan!

Berpada-padalah membeli minuman kegemaran anda ini kerana boba tea bukan lah minuman yang sihat untuk dinikmati sepanjang masa. Walaupun bahan asasnya hanyalah teh, apabila sudah ditambah pemanis, perasa dan bahan yang sudah diproses, nutrisi di dalam teh tersebut akan hilang dan tidak baik untuk kesihatan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *