TANGAN NAMPAK JANGGAL DALAM FOTO OOTD? JOM IKUT TIPS INI!

Setiap kali bergambar kamu perasan mesti ada yang tak kena. Make up, baju, tudung semua dah on point! Apa lagi yang tak cukup ni? Ya! Gaya tangan kamu nampak janggal dalam foto. Jom ikut tips ini untuk foto OOTD yang lebih stylish!

  1. Pegang beg tangan

Tip paling mudah kerana beg tangan kamu sentiasa ada bersama untuk digayakan! Guna kedua tangan untuk memegang beg tangan atau pegang sahaja dengan satu tangan dan biarkan sahaja satu tangan lagi.

Gambar oleh @aliabahari (Instagram)

 

  1. Letak tangan dalam poket

Jika masih kelihatan janggal, cuba gaya ini pula. Letakkan sahaja tangan kamu ke dalam poket seluar atau baju. Tapi jangan letakkan terlalu dalam ya! Cukup sekadar menampakkan gaya meletakkan tangan ke dalam poket sahaja.

Gambar oleh @ikediana_ (Instagram)

 

  1. Letak tangan ke atas lengan

Jika kamu memakai beg jenis crossbody atau tiada beg bersama kamu boleh cuba gaya ini! Letakkan atau rehatkan tangan kamu ke lengan. Cuba gaya peluk tubuh yang santai dan relaks.

Gambar oleh @princessmeenie (Instagram)

 

  1. Rehatkan tangan di dinding/tembok

Satu lagi gaya yang boleh kamu praktikkan ialah merehatkan tangan kamu di dinding atau tembok. Jadi cari OOTD spot yang dekat dengan dinding, tembok atau tangga!

Gambar oleh @lisasurihani (Instagram)

 

  1. Pergerakan natural/candid

Kamu boleh juga cuba gaya atau pergerakan yang natural untuk nampak lebih candid seperti memegang smartphone/konon-konon sedang bebalas pesanan, membetulkan tudung atau makan aiskrim! Gaya natural seperti ini takkan buat tangan kamu nampak janggal di dalam foto.

Gambar oleh @sharifahrose_ (Instagram)

 

Jangan lupa praktikkan gaya-gaya ini di foto OOTD kamu yang akan datang okay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *