MEMULAKAN LANGKAH BERHIJAB. INI ‘TOOLS’ YANG KAMU WAJIB ADA!

Di awal fasa berhijab kamu mungkin ‘clueless’ kerana belum biasa dengan gaya dan aksesori yang selalu digunakan wanita berhijab. Jadi Waarna senaraikan ‘tools’ atau aksesori penting yang kamu perlukan untuk memulakan perjalanan hijrahmu! Jom kita semak apa yang kamu perlukan!

  1. Anak Tudung Ninja

Anak tudung atau inner ninja sangat membantu hijabi menggayakan pelbagai style hijab kerana ianya bukan sahaja menutup kepala dan rambut kamu malah leher juga. Namun, jika kamu tidak selesa mengenakan inner ninja kerana cuaca yang panas kamu boleh juga mengenakan inner snowcap yang biasa.

Gambar: https://muslimahclothing.com/wp-content/uploads/cm/catalog/data/2016/SEPTEMBER/INNER-/NINJA-DREA/Inner-Neda-Drea-Navy-Black-1-33.jpg

 

  1. Jarum Peniti

Ini senjata utama setiap hijabi. Jarum peniti lah yang akan membantu mengekalkan kedudukan hijabmu. Kalau tak mahu tudung senget benget sebelum tengah hari, kamu wajib tahu dimana nak sematkan jarum peniti itu contohnya seperti di atas kepala.

Gambar: https://media.rayher.com/catalog/product/cache/7a325fef6d5f6cce8a53fe4753e14619/s/t/stecknadeln-18-mm-2106000_1_9bc07.jpg

 

  1. Safety Pin/Kerongsang

Fungsinya lebih kurang sama seperti jarum peniti iaitu untuk mengekalkan kedudukan hijab kamu. Cuma kebiasaannya safety pin dan kerongsang akan digunakan di bawah dagu atau dia bahu kamu.

Gambar: https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTR_tY-paRfbOSLbkDDKEUZmZk70_j_EMOdRiPxqUPC-nR6TgNB

 

  1. Klip/Pin Rambut

Jika kamu takut jarum, ini salah satu alternatif lain yang boleh kamu pilih. Kamu boleh guna klip rambut atau bobby pin untuk memastikan tudung kamu tidak bergerak. Bobby pin biasa digunakan oleh hijabi yang suka menggayakan tudung jenis selendang/shawl.

Gambar: https://www.kmart.co.nz/wcsstore/Kmart/images/ncatalog/f/3/41800683-1-f.jpg

 

Pastikan kamu sudah sediakan keempat-empat aksesori wajib ini untuk memulakan hijrah berhijabmu. Waarna doakan kamu sentiasa istiqomah dan jangan give up untuk jadi muslimah yang lebih baik okay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *