Tiru Gaya Putri Dalam Drama Sweet Dreams!

Jika kamu salah seorang penonton drama romantik ‘Sweet Dreams’ kamu pasti perasan penampilan comel watak Putri yang dilakonkan oleh aktres manis Mira Filzah. Penampilan ala gadis Korea yang dibawa watak Putri dalam drama tersebut memang lain dari penampilan yang pernah digayakan Mira dalam drama-drama nya sebelum ini. Walaupun berhijab, Mira tak nampak kekok membawa ‘style’ tersebut. Betul lah kata orang, kalau dah cantik pakai apa pun mesti cantik!

Untuk drama terbaru ini, Mira melakonkan watak seorang gadis bisu yang agak kelam kabut di samping seorang lelaki misteri yang ‘hot’, yang dilakonkan oleh siapa lagi kalau bukan Ben Amir! Selain daripada watak Qash Adam dalam drama tersebut (hehe), Waarna sangat tertarik dengan penampilan comel Putri! Dalam drama ini, watak Putri sering menggayakan loose atau oversized sweatshirt, cardigan, atau jacket dan skirt. Gaya hijab ‘signature’ nya dalam drama ini juga menambahkan lagi kecomelan watak Putri. Waarna sertakan beberapa keping foto untuk tatapan kamu. Mana tahu ada yang nak cuba gaya ni nanti. Jom kita tengok!

Ni gambar extra Putri di samping Qash Adam, comel sangat!

Jika nak cuba gaya Putri ni, pastikan kamu ke tempat yang bersesuaian ya. Jangan lah pakai jacket atau cardigan jika ada aktiviti di luar, Malaysia kan panas! Gaya Putri ni sesuai untuk kamu yang berkerja di pejabat yang tak terikat dengan ‘dress code’. Selamat mencuba Waarnasisters!

Gambar oleh @mfmirafilzah (Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *