Tip Gayakan “All White Outfit” Agar Nampak Lebih Stail!

Tidak dapat dinafikan, memakai pakaian serba putih punya cabaran yang tersendiri. Daripada mengelak terkena kotoran hinggalah memastikan tubuh badan tak kelihatan berisi mengenakan pakaian rona putih, ini antara ‘alasan’ wanita mengelak memakainya.

Sebenarnya ‘alasan’ ini boleh kamu buang jauh-jauh jika kamu kenalpasti teknik dan padanan yang sesuai agar gaya ‘all white’ kamu nampak lebih menyerlah dan stylish! Jom ikut tips yang Waarna senaraikan ini untuk bantu kamu jadi lebih yakin memaikai pakaian serba putih!

 

  1. Kenalpasti tona warna putih. Putih bukan sahaja terbahagi kepada satu tona sahaja. Ada putih susu, ada putih kekuningan. Kenalpasti tona yang lebih santai untuk kamu gayakan ke program-program tertentu.

 

  1. Pelbagaikan fabrik. Walaupun pakaian kamu serba putih, cuba pelbagaikan fabrik agar penampilan nampak lebih menyerlah seperti memakai top dari fabrik satin, atau memakai cardigan berperincian lace. Confirm memukau pandangan!

 

  1. Jika pakaian putih kamu nipis, pakai pakaian dalam yang sama warna dengan kulit agar tak kelihatan. Jangan sesekali pakai pakaian dalam berwarna hitam, tak pasal-pasal jadi tayangan percuma!

 

  1. Jika tubuh kamu jenis berisi, gayakan top/kemeja putih yang longgar dan labuh menutup paha. Ini tricks untuk ilusi badan yang lebih langsing. Kamu wajib cuba!

 

  1. Dapatkan ilusi kaki yang panjang dengan menggayakan kasut tumit tinggi. Sekali sekala nak juga nampak tinggi kan, inilah masanya!

 

  1. Tambah aksesori bagi mengelak penampilan kelihatan terlalu kosong. Pakaian serba putih sudah menampakkan penampilan suci bersih, jadi tambahlah aksesori seperti gelang tangan, rantai labuh atau tas tangan agar penampilan kamu tak nampak terlalu plain.

 

  1. Solek wajah kamu! Ini lagi satu tricks memakai pakaian serba putih. Jangan biarkan wajah nampak pucat.

 

  1. Buat hijabi, pelbagaikan gaya hijab untuk nampak lebih menyerlah. Jika kamu berhijab, ini salah satu kelebihan untuk nampak lebih menarik. Kamu boleh cuba pelbagai gaya hijab yang bersesuaian dengan bentuk wajah kamu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *