5 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB BELI WAARNA PRINTED TERBARU: LINEA, FLEURI & TWIGGY!

Waarna dah pun lancarkan Waarna Printed terbaru pada 24 Mac 2018 yang lalu menyaksikan keluaran Linea dan Fleuri! Waarna Printed Twiggy pula telah dilancarkan lebih awal dan ketika ini ada pilihan warna yang sudah pun habis dijual! Dasyat betul penangan keluaran kali ni, ada yang menangis tak cukup air mata sebab tak sempat nak beli tau. Di sini, Waarna senaraikan beberapa sebab kenapa anda wajib beli Waarna Printed terbaru keluaran kami ini. Jom baca!

  1. Linea, Fleuri dan Twiggy hadir dengan maksud tersirat yang penuh makna di sebalik motif pada tudung.

Jika anda belum tahu baca ringkasan cerita ini: –

Linea – Motif garisan pada tudung melambangkan karakter dalam diri wanita. Kualiti tenang dan stabil ditunjukkan oleh garisan melintang pada tudung. Kualiti yang patut kita hargai sebagai wanita!

Fleuri – Motif bunga teratai pada tudung melambangkan kecantikan dan kelembutan. Pasti ramai tidak tahu bahawa bunga teratai sering dikaitkan dengan nilai kerohanian. Nilai kerohanian pula sangat sinonim dengan wanita yang mempunyai perasaan yang sangat mendalam.

Twiggy – Istimewa nya Twiggy, nama tersebut diinspirasikan dari nama model terkenal tahun 60-an kelahiran Britain, Lesly Lawson atau lebih dikenali dengan nama Twiggy. Motif bentuk-bentuk vintaj yang merangkumi bentuk bulat dan segi empat pada tudung melambangkan simbol kesaksamaan, kepatuhan dan kesempurnaan.

  1. Ketiga-tiga corak ini hadir dalam empat warna trendy yang pasti buat anda rambang mata nak pilih. Mana tidaknya, jika ada total empat warna untuk satu corak, anda ada 12 pilihan warna untuk dipilih!
  2. Tiada lagi restok jika kesemua stok dia warehouse kami habis dijual. Stok bagi ketiga-tiganya sangat terhad dan sudah dibahagi secukupnya untuk jualan di website dan Waarna Light Box Kios. Jika habis, kami tidak akan restok semula ya!
  3. Sudah 3 tahun bertapak di dalam industri ini, tak salah jika dikatakan koleksi kali ini adalah pencapaian terbaik Waarna dari segi material, jahitan eyelash nya dan pilihan warna. Still a very long way to go, we know!
  4. Koleksi ini mungkin koleksi terakhir sebelum Waarna ‘rebrand’ semula charm, tag dan label pada tudung berserta pembungkusan kami! Bermakna tiada lagi label Waarna dan pembungkusan seperti yang terdapat dalam koleksi sekarang.

Dah tau kesemua 5 sebab? Jangan tunggu lagi, dapatkan Linea, Fleuri dan Twiggy sekarang sementara stok masih ada!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *