TIPS TRAVEL UNTUK WANITA BERTUDUNG

Waarna sediakan 6 tips ringkas bagi mereka yang bertudung.

1) PAKAI PAKAIAN BERFABRIK KAPAS

Bagi mereka yang bercuti ke tempat panas, pastikan baju yang anda bawa kalis peluh dan berfabrik kapas. Pilih pakaian berlengan panjang yang tidak terlalu tebal supaya memudahkan anda tidak memakai pakaian berlapis. Bagi mereka yang bercuti di tempat sejuk dan menggunakan ‘outer’ seperti kot atau vest, pakailah ‘outer’ yang bermaterial ringan dan fleksibel untuk di bawa ke mana- mana.

2) TUDUNG MOTIF BERLAINAN DEPAN BELAKANG

Pelbagai trend tudung yang anda boleh dapati di pasaran hari ini, salah satunya tudung dengan motif berbeza depan dan belakang.Untuk menjimatkan ruang, tudung ini amat sesuai digunakan bagi mereka yang ingin bercuti lama. Tanpa perlu membawa banyak tudung, anda juga telah menjimatkan tenaga untuk menggosok.

3)BAWA TUDUNG BAWAL

Selain fabrik yang ringan dan mudah kering, tudung bawal juga paling senang digayakan. Tanpa menggunakan pin yang banyak, tudung bawal masih boleh menutup aurat kepala dan dada anda.

4) HINDARI PENGGUNAAN PASHMINA

Selendang jenis pashmina adalah jenis tudung yang anda perlu elakkan semasa bercuti.Material yang mudah renyuk, selendang jenis ini juga memerlukan banyak pin untuk digayakan.

5) TUDUNG ‘INSTANT’

Tudung paling senang digayakan dan tidak mengambil masa yang lama untuk memakainya.Paling penting, pilih tudung ‘instant’ yang berfabrik serap peluh. Wajib bawa satu atau dua dalam bag anda!

6) TUDUNG DILETAKKAN PALING ATAS

Untuk menghindarkan tudung yang siap digosok renyuk apabila membuka bagasi, letakkan tudung-tudung anda paling atas di dalam bag tersebut.

* Untuk mendapatkan pilihan pelbagai rona dan corak hijab yang sesuai, Waarna bawakan fabrik selesa yang sesuai buat hijabi yang gemar bercuti. ‘happy traveling, girls!’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *