TUTORIAL 3 STAIL MUDAH DAN CANTIK MENGAYAKAN TUDUNG BAWAL PUCCI

Anda ingin bergaya tapi mahu tampil serba ringkas dan bersiap cepat? Ubah gaya hijab lama anda dengan tudung bawal pucci yang kini giat mendapat tempat di hati hijabi. Serius bila anda gayakannya fabrik satin yang berkilat serta corak abstrak dan bunga beri penampilan anda tampak elegan dan anggun.

Tudung satin terkenal di negara Turki, hampir keseluruhan wanita dinegara tersebut mengayakannya. Sebab itulah ada juga yang mengelarkan tudung satin sebagai tudung Turki.

hijabista beri 3 gaya harian yang boleh anda ikut. Tak susah pun, dan tidak menggunakan banyak jarum atau brooch. Memang simple dan senang!

1) Gaya silang belakang yang kemas. Gaya cantik untuk hilangkan ‘monday blues’ anda. Jangan lupa calitkan gincu rona terang untuk lari dari kebiasaan.

2) Gaya tudung tanpa menggunakan pin. Paling sesuai di gayakan dengan dres sarat labuh tanpa corak.

3) Gaya tudung yang praktikal untuk semua acara dan majlis. Boleh dipadankan dengan skirt kembang dan kasut bertumit rona hitam pasti cipta sisi glam yang boleh di gaykan untuk majlis makan malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *