TOP 5 GAYA HIJAB SELEBRITI PILIHAN WAARNA

Jom tiru gaya hijab 5 selebriti Indonesia ini!

  1. Laudya Cynthia Bella

    Jatuh cinta pandang pertama pada karakter Citra Arini saat menonton filem Syurga Yang Tak Dirindukan lakonan Laudya Cynthia Bella. Penyanyi dan pelakon kecil molek ini sangat terkenal dengan gaya manis tudung bawalnya. Dililit atau di pin kemas, gaya ini sangat sesuai untuk anda yang ingin tampil minimal dan ayu. Kata orang, wanita biasanya nampak extra ayu bila pakai tudung bawal. Betul ke?

 

  1. Zaskia Sungkar

    Bukan sahaja seorang pelakon malah dia kini pereka fesyen dan founder jenama Kia by Zaskia Sungkar. Tak hairan lah gaya nya sentiasa on point! Selendang panjang dililit gaya ‘loose’ dan dipadankan dengan jaket labuh, isteri kepada pelakon Irwansyah ini ada gayanya tersendiri.

 

  1. Alyssa Soebandono

    Terkenal dengan panggilan Icha, pelakon ini sering kelihatan menggayakan hijab warna pastel. Tidak kira bertudung bawal atau berselendang, warna-warna pastel sangat sesuai dengannya malah buat Icha nampak muda bak pelajar belasan tahun!

 

  1. Dewi Sandra

    Juga terkenal dengan fesyen tudung bawal. Digayakan ‘loose’ atau diikat kemas, gaya Dewi Sandra ini sesuai buat golongan berkerjaya yang ingin tampil anggun dan sofistikated.

 

  1. Oki Setiana Dewi

    Dai’ dan pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih ini dilihat suka bermain dengan warna. Gaya hijab labuh sesuai dengan imej pendakwahnya dilihat tidak terhad kerana Oki berani meggayakan warna-warna terang yang berjaya menonjolkan lagi dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *