JANGAN BUAT 5 PERKARA INI KETIKA MEMAKAI KANTA LEKAP

  1. Jangan sentuh kanta lekap anda sebelum membasuh tangan dengan sabun. Tangan yang kotor boleh menyebar bakteria dan virus ke dalam mata dan seterusnya akan mengakibatkan jangkitan mata.
  2. Jangan tidur tanpa membuka kanta lekap terlebih dahulu. Tidur dengan memakai kanta lekap juga boleh mendedahkan diri kepada risiko radang dan jangkitan mata yang serius. Tisu mata perlukan oksigen untuk berfungsi dengan baik. Kanta lekap akan menghalang oksigen di persekitaran untuk sampai ke mata.
  1. Jangan berenang ketika memakai kanta lekap. Air merupakan ‘sarang’ kepada pelbagai jenis virus menakutkan. Salah satunya ialah Acanthamoeba yang boleh melekat pada kanta lekap dan menyebabkan jangkitan pada kornea mata dan seterusnya boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan.
  1. Jangan pakai kanta lekap milik orang lain. Berkongsi kanta lekap dengan orang lain bukan idea yang baik! Mata setiap orang ada bakteria masing-masing. Walaupun bakteria itu tidak menjejaskan mata anda, ia mungkin tidak baik untuk mata orang lain. Kanta lekap dengan bakteria dari mata orang lain boleh mengakibatkan jangkitan mata yang serius.
  1. Jangan guna air paip atau cecair lain selain daripada air larutan pencuci kanta lekap yang disarankan. Walaupun air paip sudah bersih, ia tidak cukup bersih untuk mencuci kanta lekap. Oleh itu, air larutan pencuci kanta lekap dicipta khas untuk membersih dan membasmi kuman dan bakteria pada kanta lekap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *