PENGHANTARAN EKSPRES DAN PILIHAN ‘SELF PICK UP’ DI HQ WAARNA. APA YANG ANDA PATUT TAHU?

Rekod kami menunjukkan 50% daripada pembeli memilih untuk datang sendiri ke headquarters Waarna untuk mengambil item yang telah dibeli melalui laman web kami. 35% lagi memilih penghantaran ekspres, manakala 15% lagi memilih penghantaran biasa.

Penghantaran ekspres dan ‘self pick up’ ini pilihan yang tepat buat anda yang tidak suka menunggu. Jom semak rules and regulation penghantaran ekspres dan ‘self pick up’ untuk memudahkan pembelian anda di masa akan datang!

  1. Pilihan penghantaran ekspres dan ‘self pick up’ hanya disediakan bagi pembelian di laman web Waarna sahaja.
  2. Anda mestilah penduduk kawasan Lembah Klang untuk memilih khidmat penghantaran ekspres atau ‘self pick up’ ini.
  3. ‘Self pick up’ hanya boleh dibuat pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat dan tidak termasuk pada waktu rehat tengah hari.
  4. Khidmat penghantaran ekspres juga dibuat pada hari bekerja sahaja.
  5. Untuk menerima barang pada hari yang sama anda membuat pembelian, anda perlu buat pembelian dan pembayaran sebelum pukul 11 AM hari tersebut.
  6. Pembelian selepas pukul 11 AM akan diproses dan sedia untuk penghantaran ekspres keesokan harinya.
  7. Seperti pembelian biasa yang menggunakan khidmat penghantaran biasa, anda akan terima email yang menandakan pembelian anda sudah siap diproses dan sedia untuk dihantar melalui penghantaran ekspres atau sedia untuk diambil di HQ Waarna.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan penghantaran ekspres dan ‘self pick up’, anda boleh direct message kami di Instagram atau Facebook Messenger. Atau email kan pertanyaan anda ke ask@waarna.com.my. Kami akan bantu anda buat pembelian dengan lebih mudah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *