WARNA HIJAB SESUAI BUAT SI HITAM MANIS

Hey si hitam manis, jangan takut mengenakan warna-warna kontra saat menggayakan hijab! Anda pasti tahu masalah utama wanita dengan tona kulit gelap ialah tidak yakin pada diri sendiri. Walhal warna-warna kontra lah yang mampu membangkitkan nilai eksotik warna kulit dan buatkan penampilan anda nampak lebih fresh. Tolak ketepi apa kata orang. Ini masanya anda menyerlah dengan warna-warna kontra lagi berani!

  1. Merah Maroon

Jika ingin tampil lebih glamour, Maroon warna yang sesuai buat anda! Warna berani ini sesuai digayakan ke majlis-majlis formal dan dapat menaikkan lagi nilai elegan penampilan anda.

Source: https://i.pinimg.com/originals/c2/d7/6e/c2d76eb690e6db65abae5925bfdc6109.jpg

 

  1. Hijau Emerald

Suka kan warna hijau? Hijau Zamrud atau Emerald Green warna yang sesuai buat semua warna kulit, lebih-lebih lagi buat kamu si hitam manis! Warna hijau mampu buat wajah anda tampil lebih segar.

Source: https://i.pinimg.com/originals/87/cb/8b/87cb8bc9dc174b8d1ec9ec1265bbc192.jpg

 

  1. Biru Elektrik / Kobalt

Hati-hati memilih warna biru, jika tersalah pilih kulit anda akan nampak lebih gelap. Biru Kobalt atau Elektrik ialah pilihan yang tepat untuk buat kulit tampak lebih cerah. Percayalah biru ini warna selamat yang pasti buat anda lebih yakin dari biasa!

Source: https://66.media.tumblr.com/5b5d4fa9ee08d343b56aa21e073bdba2/tumblr_mwntmgIukl1szth46o1_500.jpg

 

  1. Coklat Kayu Manis

Hindari warna coklat tua untuk mengelakkan dari kulit kelihatan lebih gelap. Sebaliknya, pilih warna coklat yang lebih muda seperti Coklat Kayu Manis atau Cinnamon untuk buat wajah kelihatan lebih berseri.

Source: https://i.pinimg.com/originals/91/14/46/911446e06519b9d485e3a24e7fcd16d1.jpg

 

  1. Magenta / Fuschia

Siapa kata si hitam manis tak boleh bergaya dengan warna merah jambu? Namun, elakkan memilih warna seperti shocking pink yang terlalu terang, sebaliknya pilih warna yang lebih gelap seperti Magenta atau jika anda lebih berani, Fuschia sesuai untuk anda!

Source: https://i.pinimg.com/originals/aa/ec/89/aaec896bb028f37fd98a107b23e6fe82.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *