HIJABI GUIDE 101: BARANG WAJIB DIBAWA KETIKA BERCUTI!

Hujung tahun ini, kamu bercuti ke mana? Bandar bersejarah, hutan semula jadi atau kepulauan indah? Tak kira kemana destinasi yang ingin kamu tujui, semak dulu barang-barang yang wajib dimasukkan ke dalam senarai ‘getaway essentials’ kamu!

  1. Inner / Anak Tudung

Ini tip ‘light packing’ untuk kamu! Tak perlu bawa terlalu banyak tudung. Tudung yang sama boleh bertahan selama 2 hingga 3 hari jika disimpan dan dijaga dalam keadaan kering dan bersih. Sebaiknya, tukar anak tudung setiap hari bagi menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Anak tudung pula tidak memakan ruang yang banyak, kamu boleh gulungkan ia menjadi bebola dan sumbatkan sahaja di dalam bahagian poket hadapan bagasi!

  1. Kelengkapan Solat

Jangan lupakan kelengkapan solat tak kira kemana pun kamu pergi. Ketahui lebih awal tentang waktu solat destinasi yang akan kamu tujui dan cari tahu bagaimana kamu boleh mencari arah kiblat kawasan tersebut. Simpan mini/travel telekung dan sejadah di dalam bag pack kamu setiap waktu!

  1. Sports Hijab / Pakaian Renang

Sports hijab penting lebih-lebih lagi jika percutian kamu melibatkan aktiviti lasak seperti hiking atau rock climbing di mana kamu tidak digalakkan memakai pin atau jarum peniti atas faktor-faktor keselamatan. Selain itu, kamu juga ingin mempertimbangkan untuk membawa pakaian renang, just in case pemandu pelancong kamu singgah ke kawasan air terjun atau pantai yang cantik, rugi kalau tak basahkan badan!

  1. Pin / Kerongsang Tambahan

Pastikan kamu bawa pin dan kerongsang tambahan. Kamu takkan tahu bila kamu akan ‘misplace’ pin dan kerongsang sedia ada. Tambahan pula, kamu pasti takkan dapat elakkan kehilangan pin dan kerongsang sewaktu bermandi-manda. Bila dah seronok, siapa yang ingat nak jaga pin dan kerongsang tu!

  1. Kain Sarong

Sudah menjadi kebiasaan memakai seluar ketika bercuti. Lebih senang untuk bergerak bebas. Namun, sesetengah tempat lawatan lebih-lebih lagi tempat-tempat keagamaan seperti masjid dan kuil mewajibkan pengunjung memakai kain sarong bagi menghormati agama, budaya dan tatatertib pemakaian di kawasan tersebut. Apa kata kamu siapkan sehelai kain sarong di dalam beg kamu kerana ianya akan menjimatkan kos menyewa kain sarong di sana nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *