5 AKAUN INSTAGRAM ‘TRAVELLER GIRL’ KELAHIRAN MALAYSIA YANG WAJIB KAMU CHECK OUT!

Saban tahun mengembara bukan lagi aktiviti yang sinonim dengan kaum lelaki sahaja, malah wanita kini bebas mengembara ke serata dunia. Daripada perancangan awal, cara mengatasi musibah tak disangka atau back up plans, ini semua sebahagian daripada indahnya pengembaraan! Waarna senaraikan 5 akaun Instagram milik ‘traveller girl’ kelahiran Malaysia untuk kamu jadikan inspirasi di pengembaraan akan datang!

  1. Neollene

Seorang jurugambar dan pembikin filem yang pernah bekerja sebagai arkitek sebelum membuat keputusan untuk keluar dari zon selesanya untuk menceburi bidang foto dan perfileman yang lebih diminati. Banyak berkongsi gambar-gambar landskap tempat-tempat yang pernah dikunjungi, Neollene punya ‘mata’ seorang jurugambar yang bukan biasa-biasa. Tak hairan lah video travelog / filem pendek hasil kerja nya punya sinematografi yang superb!


Gambar oleh Neollene (Instagram)

 

  1. Atiraariffyn

Gadis asal Kuala Lumpur ini juga seorang lulusan jurusan seni bina dari Architectural Association di London. Atira Ariffyn kini bekerja sebagai seorang pereka seni bina di Amsterdam. Laman Instagram nya penuh dengan gambar-gambar kembara nya. Jika diteliti banyak gambar kembara Atira dirakam berlatar belakangkan rekaan bangunan-bangunan menarik sesuai dengan profesion nya sebagai seorang arkitek. Sekali-sekala Atira turut berkongsi gambar penampilan dirinya yang begitu sinonim dengan warna-warna monokrom. Penampilan gadis ‘sneakers’ ini sentiasa fresh dan tidak hairan lah jika ianya menjadi ikutan gadis muda.


Gambar oleh Atiraariffyn (Instagram)

 

  1. Hannahonearth

Hannah atau nama sebenarnya Hadhinah merupakan seorang pengembara sepenuh masa. Cerita nya pernah menjadi bualan suatu ketika dahulu selepas beliau berjaya menamatkan kembara nya ke 50 buah negeri di USA! Hannah juga telah mengembara ke lebih dari 20 buah negara di serata dunia. Selain mengembara, Hannah juga menulis tentang perjalanan kembara nya. Laman Instagram nya penuh dengan gambar-gambar kembara di USA, dan anda pasti tak kelip mata melihat keindahan tempat-tempat yang pernah dikunjungi Hannah.


Gambar oleh Hannahonearth (Instagram)

 

  1. Acaciadiana

Acacia Mardiana atau mahu dikenali sebagai Sha merupakan seorang blogger yang kini juga dikenali ramai di Instagram. Juga lulusan jurusan seni bina, beliau menamatkan pelajarannya di University of Greenwich, London. Sebagai seorang blogger, Sha banyak menulis tentang kembara nya ke serata dunia berserta tip-tip kembara yang boleh dijadikan panduan pengikutnya. Gambar-gambar yang dikongsi di laman Instagram nya juga tidak kurang hebatnya! Ianya kompilasi gambar-gambar landskap alam semula jadi dan juga landskap bangunan dan seni bina yang merupakan sebahagian daripada hidupnya.


Gambar oleh Acaciadiana (Instagram)

 

  1. Gypsyandthepostcard

Bertugas sebagai seorang pramugari membuka lebih banyak peluang untuk Gypsyandthepostcard atau Rara mengembara ke serata dunia. Jika diteliti di laman Instagram miliknya, Rara banyak berkunjung ke negara-negara Asia, lebih-lebih lagi kepulauan-kepulauan indah

di Indonesia justeru membuka mata pengikutnya bahawa banyak lagi tempat-tempat percutian menarik serata Asia yang tidak patut dilepaskan.


Gambar oleh Gypsyandthepostcard (Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *