PERHATIAN: WAARNA KINI SEDIA MEMBUAT PENGHANTARAN KE LUAR NEGARA (TERPILIH)

Berita baik ini ditujukan khas buat Waarnasisters yang menetap di luar kawasan ‘jajahan’ Waarna. Kami terima banyak DM dan email dari Waarnasisters di Singapura, Brunei, Jepun dan Korea Selatan bertanyakan “boleh pos ke luar negara tak?”. Kini Waarna sudah bersedia untuk ‘menjajah’ tempat anda!

Tak sabar rasanya nak menjelajah lebih jauh! Tapi sebelum itu, jom semak perkara-perkara yang anda wajib tahu mengenai penghantaran ke luar negara ini.

  1. Negara-negara terpilih termasuklah Singapura, Brunei, Indonesia, Australia, United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan.
  • Pesanan anda akan diproses dalam masa 1 – 2 hari selepas bayaran dibuat.
  • Anggaran tempoh masa penghantaran mungkin berbeza-beza mengikut negara, dalam tempoh 3 – 6 hari bekerja untuk Singapura, Brunei dan Indonesia atau dalam masa 5 – 10 hari bekerja untuk negara-negara lain.
  • Kerja-kerja pemprosesan pesanan akan mengambil masa yang lebih lama dari biasa (2 – 3 hari bekerja) sewaktu promosi atau jualan murah.
  • Seperti penghantaran domestik, nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar ke alamat email anda selepas pesanan siap diproses dan sedia untuk penghantaran.
  • Sebarang cukai dan yuran kastam adalah dibawah tanggungjawab penerima sepenuhnya. Caj ini berbeza-beza mengikut negara dan ianya diluar pengetahuan pihak Waarna, jadi kami tidak dapat menyediakan kos bayaran. Waarna tidak mempunyai kawalan ke atas caj yang dikenakan dan kami tidak dapat membayar balik apa-apa jumlah bayaran yang dikenakan kepada anda nanti.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang caj penghantaran ke negara-negara terpilih, anda boleh terus ke ruangan Shipping Information di laman web rasmi Waarna. Anda juga boleh direct message kami di Instagram atau Facebook Messenger atau emailkan sebarang pertanyaan anda ke ask@waarna.com.my. Kami akan bantu anda membuat pembelian dengan lebih mudah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *