TIP AMBIL FOTO OOTD TERBAIK UNTUK LAMAN INSTAGRAM ANDA!

Ramai pun tahu sebahagian besar posting di laman Instagram Waarna merangkumi foto-foto Outfit of the Day (OOTD) Waarnasisters kesayangan kami. Waarna sangat berbesar hati dapat berkongsi foto-foto anda yang dimuatnaik di Instagram, lebih-lebih lagi foto ‘on point’ anda menggayakan koleksi Waarna di tempat-tempat menarik di dalam dan luar negara.

Sebagai salah satu platform media sosial terbaik untuk mempamerkan visual dan foto, tidak salah rasanya kami bersetuju bahawa Instagram ialah cara terbaik untuk sebuah jenama fesyen seperti kami mendidik atau memupuk pelanggan melalui kongsian foto-foto anda! Di dalam artikel kali ini, Waarna senaraikan 5 tip mengambil foto OOTD terbaik untuk laman Instagram anda :-

  1. Minta bantuan rakan / Instagram husband / boyfriend

Ini penting, minta bantuan dari orang yang anda paling selesa bersama supaya anda tidak kekok untuk bergaya di hadapan kamera. Tak perlu pun kamera mahal-mahal untuk foto OOTD , telefon pintar anda sudah mencukupi!

Gambar: Background photo created by teksomolika – www.freepik.com
  1. Natural Lighting

Bukan OOTD sahaja, apa-apa foto yang diambil menggunakan telefon pintar anda akan lebih baik kualitinya apabila mendapat cukup cahaya! Jadi pastikan cahaya datang dari depan anda atau jika anda berada dalam rumah/bangunan, ambil tempat berdekatan dengan tingkap.

Gambar: Background photo created by senivpetro – www.freepik.com
  1. Latar belakang Minimal

Cari dinding atau latar belakang yang bersih, berwarna cerah dan tidak terlalu semak supaya pakaian anda dapat menyerlah di dalam foto. Plain white wall or open space are the best OOTD spot!

Gambar: Background photo created by senivpetro – www.freepik.com
  1. Gaya santai & kasual

Jadi diri anda sendiri! Senyum, ketawa dan cuba praktik ‘the fake walk’ ketika bergaya di hadapan kamera. Pandang ke bawah, dan letak tangan di dalam poket anda untuk gaya yang lebih santai dan nampak candid.

Gambar: Background photo created by senivpetro – www.freepik.com
  1. Cuba pelbagaikan sudut

Foto OOTD tidak semestinya diambil dari sudut depan sahaja. Cuba pelbagaikannya dengan mengambil gambar dari sudut tepi, belakang, sudut jauh atau close up untuk hasil yang lebih menarik.

Gambar: Background photo created by senivpetro – www.freepik.com

Paling penting, have fun sahaja ketika bergambar! Masa untuk keluar bergambar! Jangan lupa muat naik foto OOTD anda di Instagram dan tag Waarna! Selamat mencuba Waarnasisters!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *