“SIAPA DEPAN DIA LAH NAIK DULU..” – VIRAL ISU LIF PATUT DIUTAMAKAN UNTUK IBU BAPA DENGAN ‘STROLLER’, SEGELINTIR MASYARAKAT MASIH KURANG KESEDARAN TENTANG ‘PRIORITY’.

Minggu lalu telah tular sebuah foto di Facebook yang memaparkan ibu bapa dengan kereta sorong bayi sedang menanti giliran untuk menggunakan lif di pusat beli belah. Namun foto tersebut menunjukkan lif sudah pun penuh dengan orang ramai dan ibu bapa berkenaan terpaksa menunggu lagi.

Yang menjadi bualan hangat netizen ialah sikap segelintir pihak di dalam foto tersebut yang tidak mahu mengutamakan mereka yang lebih memerlukan kerana yang kelihatan mereka yang memenuhi ruangan lif tidak membawa ‘stroller’ dan juga kelihatan sihat untuk mengguna alternatif lain seperti ‘escalator’ ataupun tangga.

Hakikatnya ini bukan perkara baru dalam kehidupan masyarakat kita kerana masih ada segelintir dari kita yang tidak sedar akan keutamaan yang patut diberikan kepada mereka yang memerlukan. Heboh di media sosial Facebook dan Twitter pendapat-pendapat netizen tentang isu ini.

Ada yang memegang prinsip ‘first come first serve’.

“Tak ada signage khas untuk orang yang bawa ‘stroller’, jadi beratur la..”

“You guys want people to get out of the lift for you?”

Ada yang bersetuju jika tiada batasan, keutamaan boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan.

“Kalau fizikal tiada batasan, bukan OKU, gunakanlah escalator..”

Belum lagi yang menghentam ibu bapa yang membawa ‘stroller’ ke pusat beli belah. Rata-rata yang menghentam berpendapat golongan ibu bapa ini hanya ingin mengambil kesempatan dan mahu diutamakan.

“Semoga diberi peluang merasai sendiri pengalaman menggunakan ‘stroller’ atau ‘wheelchair’..”

Ada juga yang kecewa dengan segelintir netizen yang masih tidak faham tentang ‘priority’.

“Nampaknya kesedaran masih kurang dikalangan rakyat Malaysia..”

“Apalah salahnya memudahkan urusan orang lain..”

Harus diingat, kebanyakkan pusat beli belah melarang penggunaan ‘stroller’ dan ‘wheelchair’ di ruangan ‘escalator’ atas faktor-faktor keselamatan. Jadi pengguna bergantung sepenuhnya kepada lif yang disediakan. Sebagai manusia, tidak salah jika kita bertolak ansur dengan mereka yang lebih memerlukan. Tanam sifat empati dan simpati dalam diri kita dan percayalah kebaikan kita bukan sahaja akan memudahkan urusan orang lain, ia juga mungkin akan memudahkan urusan kita di masa akan datang.

Sumber : Facebook Brainless Driver Edition

 

Baby stroller photo Source: <a href=”https://www.freepik.com/free-photos-vectors/people”>People photo created by bearfotos – www.freepik.com</a>

Wheelchair photo Source: <a href=”https://www.freepik.com/free-photos-vectors/people”>People photo created by jcomp – www.freepik.com</a>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *